Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
23/10/2019(Rabu)
Kuliah ditangguhkan dan akan diadakan pada hari khamis iaitu 24/10/2019.
24/10/2019(Khamis)
PdPc pada pagi ini dijalankan di Makmal B. Hari ini kami belajar tentang Dale's Cone of Experience. Sebelum PdPc bermula, Dr. Mas meminta kami semua mengeluarkan sehelai kertas, di mana kami perlu melukis Narwhal berdasarkan ciri-ciri yang telah dipaparkan di hadapan skrin projektor. Narwhal ini merupakan satu cara simulasi Dale's Cone untuk melihat sejauhmana kefahaman seseorang berkaitan dengan sesuatu perkara.
Gambar 14: Narwhal yang saya lukis hihihihi
Gambar 15: Lukisan Narwhal yang betul
Gambar 16: Suasana PdPc
Seterusnya, kami diminta untuk menghasilkan satu lukisan yang menunjukkan tentang kursus FCE3401 ini, di mana 3 untuk perkara yang baharu, 2 untuk perkara yang menarik dan 1 persoalan. Berikut adalah lukisan yang saya hasilkan;
Kemudian,
PdPc pada waktu petang diadakan di PFC dan bergabung dengan pelajar Pendidikan Jasmani (Bravo-nama khot mereka). Petang itu, kami diberi penerangan tentang Virtual Reality (VR) oleh Prof. Madya Dr. Suraya, merupakan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan.
Kelebihan VR
- Canggih
- Ringan
- Mudah digunakan
Kelemahan VR
- Kos yang tinggi
- Memberi kesan negatif kepada mata
Ganbar 18: Pengalaman menggunakan VR
Sekian, terima kasih.
Jumpa lagiiii....