Assalamualaikum dan salam negaraku Malaysia...
Hari ini saya akan membuat perkongsian kursus FCE3401 bagi minggu ke-4.
2/10/2019(Rabu)
Pada hari ini, kami belajar tentang topik "Emerging Technologies" atau Teknologi yang Dibangunkan. Teknologi ini penting sebagai penyokong pembelajaran. Terdapat 7 jenis teknologi baharu yang berfungsi sebagai pendekatan pembelajaran iaitu;
- mLearning - Mobile learning iaitu menggunakan teknologi mudah alih seperti telefon pintar, laptop, mp3 dan sebagainya.
- uLearning - [eLearning + mLearning = uLearning]
- eLearning - Menggunakan sistem eletronik seperti padlet, dan quiz.
- Massive Open Online Course (MOCK) - Merupakan salah satu contoh eLearning.
- Blended Learning - Menerapkan pembelajaran tradisional dan pembelajaran moden dalam PdPc.
- Flipped Learning - Menekankan sebelum, semasa dan selepas kelas.
- Open Educational Resources - Sumber-sumber boleh diakses secara online.
Aktiviti yang dilakukan hari ini adalah Gallery Walk. Kami diminta untuk membina kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli. Kumpulan kami mendapat tajuk Flipped Learning. Kami diminta untuk mencari maklumat berkaitan tajuk tersebut dan perlu dibuat dalam peta minda di atas kertas A4.
Setelah itu, wakil setiap kumpulan perlu memuat turun aplikasi Mirror Op. Aplikasi ini membolehkan setiap kumpulan memaparkan peta minda mereka ke skrin tv yang terdapat di PFC. Melalui aktiviti ini, terdapatnya unsur teknologi yang diterapkan di mana memudahkan semua pelajar untuk melihat nota bagi setiap tajuk yang diberikan.
Kemudian, 2 orang ahli dalam kumpulan perlu stay untuk memberi penerangan kepada kumpulan lain dan ahli yang lain perlu bergerak ke kumpulan lain mengikut arah jam. 2 orang ahli yang stay perlu berganti dengan ahli mereka. Melalui aktiviti ini, kami dapat memahami ketujuh-tujuh jenis teknologi baharu tersebut.
Flipped Learning
Before - upload note before class
During - more details about the subject ( explanation)
After - Exercise or note can be excess everywhere
Gambar 5 : Kumpulan Flipped Learning
3/10/2019(Khamis)
Pada hari ini diajar oleh miss Voon. Beliau mengajar kami bagaimana menggunakan aplikasi sebagai seorang guru dalam PdPc. Pada hari tersebut, kami diminta untuk laptop masing-masing bagi memudahkan PdPc pada hari tersebut. Aplikasi yang diajar ialah Augmented Reality (AR), Metaverse, Mentimeter, Classdojo, Edmodo dan sebagainya. Namun begitu, PdPc pada hari tersebut tidak berjalan dengan lancar dek kerana masalah sambungan internet yang perlahan di Makmal B.
Gambar 6 : Suasana PdPc di Makmal B yang dikendalikan oleh miss Voon
Sekian terima kasih...
No comments:
Post a Comment