Wednesday, December 25, 2019

Minggu 14

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

19/11/2019- Khamis

Minggu ini merupakan minggu terakhir kuliah kami dengan Dr Mas. Aktiviti kami pada hari ini ialah kami menjalankan sesi pembentangan kit permainan kami kepada Dr Mas untuk penggredan.


Usai sudah sesi pembentang kit permainan. Alhamdulillah







Maka, berakhirlah kelas FCE3401 Teknologi Pendidikan.





TERIMA KASIH DR MAS.








Assalamualaikum

Minggu 13

Hai semua... Apa khabar? sihat?


12/12/2019- Khamis

Showcase Innovation Competition 2019.

Pertandingan inovasi tersebut dijalankan di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Lentera menyertai pertandingan tersebut. Berikut merupakan kit permainan yang telah kami hasilkan.








Ahli kumpulan saya : YUSRI, MASTURAH, ZEHARAH & ANIS


Akhirnyaaaaaa,
kami berjaya merangkul gangsa dalam pertandingan ini. Alhamdulillah









Minggu 12

Assalamualaikum semua...

Minggu ini tiada kuliah


Minggu 11

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


4/11/2019- Rabu


Saya tidak hadir ke kuliah kerana ada hal keluarga. Maaf ye semuaaaaa


5/11/2019- Khamis


Kuliah pada hari ini digantikan oleh Miss Voon. Aktiviti pada hari ini ialah mengemaskini blog. Lentera diminta untuk mengemaskini blog kerana perlu menghantarnya pada minggu ke-14.


Sekian, terima kasih...




Minggu 10

Hai semua...

27/11/2017- Rabu

Pada hari ini kami belajar mengenai e-assessment iaitu teknologi digital untuk mencipta, mengakses dan memberi feedback.  e-assessment ini mengandungi elemen penaksiran dan penilaian.

Contoh e-assessment ialah:


  1. Kahoot
  2. Putrablast
  3. Quizziz
  4. X-Box


Berikut merupakan aktivti X-Box yang dijalankan di PFC pada hari tersebut;




Dalam permainan ini, terdapat elemen penaksiran yang boleh dilakukan oleh guru dan murid. Kepekaan pelajar amat diperlukan sepanjang permainan ini berjalan. Terdapat ulangan video pada penghujung permainan ini. Ulangan video ini merupakan unsur penilaian di mana guru boleh menilai kepekaan murid berkaitan dengan pergerakan mereka serta murid dapat meningkatkan dan menambahbaik pergerakan mereka.


SEKIAN, TERIMA KASIH...



Minggu 9


Asalamualaikum semua....


20/11/2019- Rabu

Pada hari ini kami belajar tentang Ba Display Media & Visual Message Design. Kami telah melihat suatu paparan video mengenai Kenali Malaysia. Sepanjang video itu ditayangkan, kami perlu memerhatikannya dari setiap sudut iaitu:

  1. Penggunaan animasi yang baik
  2. Intipati yang ringkas tapi padat
  3. Terdapat info grafik


Pada hari tersebut, saya mempelajari dua perkara iaitu:


  • Penggunaan aplikasi untuk mencipta video tersebut
  • Kekreatifan pencipta menyusun idea 

Selepas tayangan video, kami diminta untuk membuat kumpulan di mana setiap kumpulan perlu ada empat orang ahli. Setiap kumpulan telah diagihkan satu bahan media iaitu bahan media bercetak, tidak bercetak dan digital seperti tablet, globe, poster, ekslopedia dan buku. 

Setiap kumpulan perlu menyenaraikan kelebihan dan kelemahan bahan yang diperolehi. Pada akhir aktiviti ini, wakil setiap kumpulan perlu membuat pembentangan.


Berikut merupakan contoh bahan media:



       



      



21/11/2019- Khamis



Hari ini kelas amali kami diajar oleh Miss Voon. Beliau meminta kami agar membuat perbincangan di dalam kumpulan masing-masing tentang projek kit permainan yang akan kami bina.







REFLEKSI pada hari ini:


  1. Saya dan ahli kumpulan telah berbincang, merangka dan merancang secara terperinci tentang kit permainan yang akan kami bina.
  2. Kami juga berbincang dan mengumpul idea untuk pembinaan video pendidikan.

Sekian, terima kasih.

Minggu 8

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Apa khabar semua?

13/11/2019- Rabu

KRITIK INFOGRAFIK

Aktiviti pada hari ini ialah mengkritik infografik yang telah diberikan oleh Dr. Mas. Setiap kumpulan akan diberikan satu infografik dan diminta untuk menyenaraikan kelebihan dan kelemahan infografik yang diberi.







Kelebihan infografik di atas:

  1. Warna yang menarik
  2. Grafik yang digunakan tersusun

Kelemahan infografik di atas:

  1. Kurang informasi
  2. Info tidak jelas


Setelah aktiviti tersebut selesai, setiap kumpulan diminta untuk mengahsilkan infografik masing-masing. Berikut merupakan infografik yang kami hasilkan;



CANTIKAN..HEHEHE


14/11/2019- Khamis


MOCK UP WORKSHOP

Kelas kami diberi peluang untuk menghadiri bengkel Mock Up dari pensyarah-pensyarah dan senior dari Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina UPM. Saya memperolehi banyak info dari bengkel tersebut tentang bagaimana untuk menghasilkan kit permainan kami nanti.

Pada hari tersebut, kami diminta oleh Dr Mas untuk membawa bahan-bahan kit permainan dan cuba untuk menghasilkan kit permainan tersebut dengan bimbingan fasililator.


Sekian, terima kasih... JUMPA LAGIIII


Wednesday, October 30, 2019

Minggu 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

23/10/2019(Rabu)

Kuliah ditangguhkan dan akan diadakan pada hari khamis iaitu 24/10/2019.

24/10/2019(Khamis)

PdPc pada pagi ini dijalankan di Makmal B. Hari ini kami belajar tentang Dale's Cone of Experience. Sebelum PdPc bermula, Dr. Mas meminta kami semua mengeluarkan sehelai kertas, di mana kami perlu melukis Narwhal berdasarkan ciri-ciri yang telah dipaparkan di hadapan skrin projektor. Narwhal ini merupakan satu cara simulasi Dale's Cone untuk melihat sejauhmana kefahaman seseorang berkaitan dengan sesuatu perkara.


Gambar 14: Narwhal yang saya lukis hihihihi

Gambar 15: Lukisan Narwhal yang betul

Gambar 16: Suasana PdPc


Seterusnya, kami diminta untuk menghasilkan satu lukisan yang menunjukkan tentang kursus FCE3401 ini, di mana 3 untuk perkara yang baharu, 2 untuk perkara yang menarik dan 1 persoalan. Berikut adalah lukisan yang saya hasilkan;


Gambar 17


Kemudian,
PdPc pada waktu petang diadakan di PFC dan bergabung dengan pelajar Pendidikan Jasmani (Bravo-nama khot mereka). Petang itu, kami diberi penerangan tentang Virtual Reality (VR) oleh Prof. Madya Dr. Suraya, merupakan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan. 

Kelebihan VR
  • Canggih
  • Ringan 
  • Mudah digunakan

Kelemahan VR
  • Kos yang tinggi
  • Memberi kesan negatif kepada mata
Ganbar 18: Pengalaman menggunakan VR


Sekian, terima kasih. 
Jumpa lagiiii....


Minggu 6

Assalamualaikum dan salam negaraku bersih...

Kuliah dan amali pada minggu ke-6 dijalankan di luar kelas atau fieldwork. Kami diminta oleh Dr. Mas untuk ke Panggung Percubaan UPM kerana berlangsungnya Minggu Pendidik UPM. Terdapat pameran poster inovasi dan talk diadakan semasa program tersebut. 

16/10/2019(Rabu)

Kami diberi pilihan sama ada pergi ke Panggung Percubaan pada hari Rabu atau Khamis. Saya dan rakan-rakan memilih untuk pergi ke Panggung Percubaan pada hari Rabu iaitu pada 16/10/2019. Kami terus menuju ke sana untuk menyaksikan program Minggu Pendidik UPM tersebut. 



Gambar 10 : Program Minggu Pendidik UPM

Kami diminta oleh Dr. Mas untuk menyenaraikan 10 jenis inovasi yang terdapat semasa program tersebut. Antaranya adalah seperti berikut;
  1. Family Interactive Game (FInGa)
  2. Teknik NORAZ dalam Seni Pidato Bahasa Melayu
  3. U-R-ine Town
  4. Bio- Made Easy Workshop
  5. Making Universal Ruler To Understand Scale
  6. Pendekatan 'Explore and Creativity' dalam Pengukuhan Minat Kesusasteraan Melayu Tradisional
  7. Hunting with E-Language
  8. Pengaplikasian Perisian Adobe Captivate sebagai Teknologi Mudah Alih bagi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu: Satu Inovasi Pengajaran dalam Kalangan Bakal Guru
  9. Inovasi Pendekatan Naratif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Penulisan
  10. Pembelajaran Kelas Tanpa Dinding: Program Buku Hijau (Bermula Dari Tapak Semaian)
Berdasarkan jenis-jenis inovasi di atas, terdapat 3 jenis inovasi yang menarik bagi saya dan inovasi tersebut boleh menang. Antaranya ialah;

  1. Pengaplikasian Perisian Adobe Captivate sebagai Teknologi Mudah Alih bagi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu: Satu Inovasi Pengajaran dalam Kalangan Bakal Guru
  • Pada pandangan saya, inovasi ini boleh menang kerana menerapkan unsur e-pembelajaran. Penerapan e-pembelajaran dapat mewujudkan suasana PdPc yang menyeronokkan dan tidak hanya bertumpu kepada buku teks semata-mata. Berikut merupakan poster inovasi tersebut.
Gambar 11

     2. Pembelajaran Kelas Tanpa Dinding: Program Buku Hijau (Bermula  
        Dari Tapak Semaian)
  • Inovasi ini juga boleh menang kerana pencipta ingin mengetengahkan tentang pembelajaran di luar bilik darjah juga mampu menjana kreativiti pelajar berkaitan tentang subjek yang mereka pelajari. Berikut merupakan poster inovasi tersebut.
Gambar 12

     3. Hunting with E-Language
  • Bagi saya, inovasi ini boleh menang kerana menerapkan unsur teknologi dalam pembelajaran, di mana ianya mampu mewujudkan suasana PdPc yang menarik hanya dengan mengimbas gambar yang telah disediakan. Berikut merupakan gambar poster inovasi tersebut.
Gambar 13


Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini.
Sekian, terima kasih.

Minggu 5

Assalamualaikum dan hai semua... Semoga hari ini lebih baik buat kita semua.

Hari ini saya akan membuat perkongsian kursus FCE3401 bagi minggu ke-5.

9/10/2019(Rabu)

Sesi kuliah kami dijalankan di PFC dan kami belajar topik Gamification. Menurut Yu-Kai-Chou (2014), gamifikasi merupakan satu seni yang menerapkan elemen-elemen keseronokan dan ketagihan dalam dunia yang sebenar atau aktiviti yang produktif. Secara umumnya, gamifikasi mengaplikasikan konsep-konsep permainan dalam konteks bukan permainan.

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah permainan Simon AR. Simon AR merupakan sebuah alat permainan yang menekankan ketangkasan kognitif, penglihatan dan pendengaran kita.

Gambar 7 : Simon AR

Selain itu,aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah permainan ibu jari. Permainan ini menggunakan tajuk lagu Lion.  Permainan ini telah mengimbau kenangan lama semasa zaman kanak-kanak ketika dahulu. 
Allahu rindunyaaaaaaa. 
Melalui kedua-dua aktiviti permainan ini, dapat mewujudkan suasana PdPc yang menyeronokkan dan menarik.

Gambar 8 : Permainan ibu jari


10/10/2019(Khamis)

PdPc pada hari ini dikendalikan oleh miss Voon di PFC. Ini kerana, PdPc tempoh hari tidak dapat dijalankan dengan baik dek kerana masalah sambungan internet di Makmal B. Oleh itu, beliau masuk ke kelas kami bagi kali kedua yang bertempat di PFC, memandangkan sambungan internet di sana laju.

Pada hari ini, kami diajar pelbagai aplikasi yang menarik. Antaranya adalah seperti berikut;
  1. ClassDojo
  2. emaze
  3. SketchAR
  4. StoryboardThat
  5. Boords
  6. Sparkol
  7. Biteable
  8. Zappar
  9. Quizizz
Gambar 9 : Suasana PdPc di PFC


Kesimpulannya, PdPc pada hari ini sangat menarik dan menyeronokkan kerana saya boleh mempelajari ilmu baharu dalam menggunakan aplikasi untuk PdPc. 


Sekian, terima kasih...

Minggu 4

Assalamualaikum dan salam negaraku Malaysia...


Hari ini saya akan membuat perkongsian kursus FCE3401 bagi minggu ke-4.


2/10/2019(Rabu)

Pada hari ini, kami belajar tentang topik "Emerging Technologies" atau Teknologi yang Dibangunkan. Teknologi ini penting sebagai penyokong pembelajaran. Terdapat 7 jenis teknologi baharu yang berfungsi sebagai pendekatan pembelajaran iaitu;

  1. mLearning - Mobile learning iaitu menggunakan teknologi mudah alih seperti telefon pintar, laptop, mp3 dan sebagainya.
  2. uLearning - [eLearning + mLearning = uLearning]
  3. eLearning - Menggunakan sistem eletronik seperti padlet, dan quiz.
  4. Massive Open Online Course (MOCK) - Merupakan salah satu contoh   eLearning.
  5. Blended Learning - Menerapkan pembelajaran tradisional                    dan pembelajaran moden dalam PdPc.
  6. Flipped Learning - Menekankan sebelum, semasa dan selepas kelas.
  7. Open Educational Resources - Sumber-sumber boleh diakses secara    online.

Aktiviti yang dilakukan hari ini adalah Gallery Walk. Kami diminta untuk membina kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli. Kumpulan kami mendapat tajuk Flipped Learning. Kami diminta untuk mencari maklumat berkaitan tajuk tersebut dan perlu dibuat dalam peta minda di atas kertas A4.

Setelah itu, wakil setiap kumpulan perlu memuat turun aplikasi Mirror Op. Aplikasi ini membolehkan setiap kumpulan memaparkan peta minda mereka ke skrin tv yang terdapat di PFC. Melalui aktiviti ini, terdapatnya unsur teknologi yang diterapkan di mana memudahkan semua pelajar untuk melihat nota bagi setiap tajuk yang diberikan.

Kemudian, 2 orang ahli dalam kumpulan perlu stay untuk memberi penerangan kepada kumpulan lain dan ahli yang lain perlu bergerak ke kumpulan lain mengikut arah jam. 2 orang ahli yang stay perlu berganti dengan ahli mereka. Melalui aktiviti ini, kami dapat memahami ketujuh-tujuh jenis teknologi baharu tersebut.



Flipped Learning

Before - upload note before class

During - more details about the subject ( explanation)

After - Exercise or note can be excess everywhere


Gambar 5 : Kumpulan Flipped Learning

3/10/2019(Khamis)

Pada hari ini diajar oleh miss Voon. Beliau mengajar kami bagaimana menggunakan aplikasi sebagai seorang guru dalam PdPc. Pada hari tersebut, kami diminta untuk laptop masing-masing bagi memudahkan PdPc pada hari tersebut. Aplikasi yang diajar ialah Augmented Reality (AR), Metaverse, Mentimeter, Classdojo, Edmodo dan sebagainya. Namun begitu, PdPc pada hari tersebut tidak berjalan dengan lancar dek kerana masalah sambungan internet yang perlahan di Makmal B.


Gambar 6 : Suasana PdPc di Makmal B yang dikendalikan oleh miss Voon


Sekian terima kasih...

Tuesday, October 29, 2019

Minggu 3

Assalamualaikum dan salam harmoni semua...


Pejam kelip, pejam kelip dah masuk minggu 3 untuk semester 5 ini. Sekejap je dah masuk minggu 3. Hari ini saya nak kongsi serba sedikit tentang PdPc dalam minggu ini.


25/9/2019(Rabu)

Hari ini PdPC dijalankan di Putra Future Classroom (PFC), di mana terdapat lebih daripada 5 teknologi di dalam kelas tersebut. Pada hari ini, kami mempelajari topik yang bertajuk "Technology Integration". Secara ringkasnya, topik ini berkaitan tentang integrasi atau penggabungjalinan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat mencapai objektif pembelajaran. Dalam topik ini, terdapat 3 aspek utama iaitu;

  1. Technology
  2. Pedagogy
  3. Content 

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini lebih dikenali sebagai TPAC. T mewakili teknologi, P mewakili pedagogi dan C mewakili konten. Kami diminta untuk mencari 3 orang ahli kumpulan di samping itu wakil setiap kumpulan untuk ke hadapan bagi mengambil 3 biji cawan. Dr. Mas mengarahkan agar setiap individu mencari aspek technology, pedagogy dan content yang sesuai untuk sesi PdPc. Setelah itu, setiap individu diminta untuk memasukkan ketiga-tiga aspek ke dalam cawan yang telah disediakan dan meminta setiap individu untuk menyesuaikan aspek tersebut.




Gambar 3: Aktiviti TPAC



26/9/2019(Khamis)

Dr. Mas meminta agar Lentera membawa kain batik, kain pelikat dan alatan muzik pada sesi PdPc hari ini. Beliau meminta Lentera membawa sedemikian kerana pada hari ini PdPc berkaitan induksi set. 

Kami diminta untuk duduk dalam satu kumpulan. Setelah itu, kami diminta untuk berbincang dalam kumpulan bagaimana untuk mempersembahkan induksi set selama 5 minit di hadapan. Induksi set yang ingin dipersembahkan adalah berdasarkan kreativiti dalam kumpulan. 

Kumpulan kami telah menerapkan elemen lakonan dalam induksi set ini. Berdasarkan aktiviti ini, saya dapat memahami bagaimana melakukan induksi set yang baik yakni tidak boleh lebih daripada 5 minit, memberi gambaran awal tentang pengajaran hari tersebut dan mestilah melibatkan setiap murid.


Gambar 4: Kumpulan induksi set (lakonan)


Sekian terima kasih.
Itu sahaja perkongsian daripada saya pada hari ini. Jumpa lagi. BYE

Minggu 2

Hai semua...apa khabar? harapnya semua sihat saja.

Untuk makluman semua, kuliah dan amali pada minggu kedua dibatalkan dek kerana jerebu yang melanda di negara kita. Namun begitu, Dr. Mas telah memberikan tugasan kepada Lentera (nama khot BPBM kami) atas talian. Beliau telah mengaktifkan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) untuk mengantikan kuliah dan amali yang tertangguh. Beliau menghantar pautan dalam group WhatsApp untuk memudahkan kami mengakses tugasan yang diberikan. Berikut merupakan pautan yang telah diberikan oleh Dr. Mas;


Dalam pautan tersebut, kami diminta untuk melog masuk bagi menjawab soalan yang telah disediakan. Terdapat 3 modul dalam soalan tersebut.

  • Modul 1 - Terdapat tayangan video pendek berkaitan penerangan teknologi. Setelah video tersebut dimainkan, terdapat 1 soalan yang perlu dijawab oleh Lentera dan terakhir terdapat paparan markah bagi soalan yang telah dijawab.
  • Modul 2 - Terdapat siri video pendek, di mana setelah video dimainkan terdapat soalan yang perlu diisi ditempatkan kosong dan diikuti semula dengan video pendek. Melalui modul 2, dapat menambahkan pemahaman kami tentang kursus FCE3401. Di akhir modul ini, terdapatnya paparan markah.
  • Modul 3 - Soalan berbentuk flipped card


Sekian terima kasih...Jumpa lagiiii


Minggu 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Salam perkenalan dari saya, Siti Zeharah binti Haji Abd Rahman. Saya merupakan mahasiswi dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu (BPBM). Blog ini adalah khusus untuk PdPC bagi kursus FCE3401/ Teknologi Pendidikan sepanjang semester ini. Kursus ini dikendalikan dan diajar oleh Dr. Mas Nida Md Khambari. 


11/9/2019 (Rabu)

Hari ini merupakan hari pertama kuliah kami bagi kursus FCE3401. Kami telah diberi penerangan berkaitan dengan kursus ini iaitu rangka kursus ini. Penerangan rangka kursus ini telah memberikan gambaran awal kepada saya dan rakan-rakan berkaitan isi kandungan pembelajaran yang akan dipelajari.



 Gambar 1 : Catatan pada awal kursus FCE3401



12/9/2019(Khamis)

Pada hari ini, Dr. Mas telah mengedarkan lebaran kerja kepada setiap kumpulan yang telah dibentuk. Saya satu kumpulan dengan Masturah. Anis dan Yusri. Lebaran tersebut merupakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), di mana beliau meminta setiap kumpulan mengkritik RPH yang telah diberikan. Setelah itu, beliau meminta seorang wakil dari setiap kumpulan untuk menerangkan kelebihan dan kelemahan RPH yang diperolehi. 


Melalui aktiviti ini, kami dapat melihat dan menilai bagaimana untuk menghasilkan suatu RPH yang baik dan sempurna untuk mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut.


Gambar 2 : Sesi mengkritik RPH dalam kumpulan




Sekian, terima kasih.
Itu sahaja perkongsian serba sedikit tentang aktiviti bagi minggu pertama. Jangan lupa baca aktiviti bagi minggu yang seterusnya.